Selasa, 29 Mac 2011

 
Profail Pusat Pengajian Agama Islam Darul Faqeh (PPGAIDF) ini telah disediakan dan dibentangkan oleh Tuan Haji Ayob Bin Jantan (Pengerusi PPGAIDF) kepada barisan ahli jawatankuasa pada 10 Disember 2010 dan diserahkan kepada Ybhg. Dato' Haji Noh Bin Haji Gadot (Penasihat PPGAIDF) pada 23 Disember 2010

ALAMAT SURAT - MENYURAT
Lot 1665, Jalan Gelang Chinchin Mukim Jabi 85000 Segamat, Johor Darul Takzim
Tel : 07 - 9328084 Fax : 07 - 9328804

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG
Pusat Pengajian Agama Islam Darul Faqeh (PPGAIDF)ini didirikan di kawasan tanah seluas 8 ekar, No. Lot 1665 yang terletak berhampiran dengan Lebuhraya Segamat - Kuantan. Alamatnya ialah Jalan Gelang Chinchin, Mukim Jabi Segamat, Johor.

Idea awal untuk mewujudkan sebuah pusat pengajian ini datangnya cetusan idea dan pemikiran daripada seorang usahawan, hartawan koprat melayu iaitu Tuan Haji Hassan Bin Haji Mohd Jadi. Impiannya ini dikongsi bersama rakan - rakan sepengajian dan rakan - rakan yang lain ; impian ini mula menjadi kenyataan pada bulan Oktober 2009 apabila kerja - kerja pembinaan bermula ; kerja - kerja pembinaan ini tidak menunggu lama kerana peruntukkannya tidak diminta dari mana - mana pihak, semuanya datang dari simpanan peribadi kewangan pengasas tersebut. Pada awal 2010 bangunan ini telah mula menampakkan ciri - ciri sebuah pusat ilmu dan pada pertengahan tahun 2010 bangunan telah lengkap dibina dengan anggaran kos satu juta ringgit malaysia. Proses yang berjalan ini dipanggil fasa 1 iaitu bangunan 2 tingkat ini mengandungi dewan solat ; pengajian disebelah atasnya sementara di tingkat bawah terdapat kemudahan 5 bilik pengurusan termasuk bilik mesyuarat, bilik warden, bilik kaunseling, bilik mudir dan ruang orang ramai. Buat sementara ini sebuah bilik kelas dan bilik mualim dijadikan bilik asrama yang memuatkan 20 katil 2 tingkat.

VISI
Melahirkan Generasi Al - Quran Sebagai Teras Pembangunan Ummah

MISI
Memperkasakan Usaha - Usaha Yang Berterusan Dalam Menguasai Kemahiran Ilmu Al - Quran dan Keterampilan Akhlak Yang Terpuji

OBJEKTIF
*Menyediakan Pengajian Al - Quran di Peringkat Tahfiz wal Qiraat & Syahadah Al - Quran yang di Iktiraf.
*Menyediakan Kursus Kemahiran Pembacaan Al -Quran dan Pengajian Bahasa Arab bagi Kursus Jangka Pendek
*Melaksanakan Program Pengajian Agama Umumiyyah dan Nidzomiyyah bagi Kumpulan Sasar Dewasa Untuk Komuniti Masyarakat Setempat
*Melaksanakan Program Motivasi dan Seminar Islam Berdasarkan Modul Berkala/Khas

MOTTO
Islam * Iman * Ihsan

KEMUDAHAN ASAS
Lokasi Darul Faqeh buat masa ini belum lagi ada kemudahan elektrik dan air disebabkan kedudukannya agak jauh dari kemudahan sekitar yang ada, sebagai langkah awal sebuah generator telah dibeli dengan harga RM25,000 bagi membekalkan tenaga lampu dan kipas.

BEKALAN AIR
Memandangkan bekalan air tidak disediakan oleh SAJ, maka langkah awal ialah membina perigi yang boleh dipam ke tangki utama untuk kegunaan harian. Disamping itu sebuah tangki besar juga telah dibeli untuk diisi air bersih oleh SAJ bila - bila diperlukan.

PERASMIAN DEWAN UTAMA
Bangunan ini dinamakan Dewan Zaid Ibnu Thabit, yang mana telah dirasmikan oleh Sahibus Samahah Dato' Haji Tahrir Bin Dato' Haji Samsudin (Mufti Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim pada 1 Ogos 2010 bersamaan 20 Sya'ban 1431H.



AHLI PEMEGANG AMANAH DARUL FAQEH
Tuan Haji Hassan Bin Haji Mohd Jadi
Tuan Haji Shakirin Bin Omar
Puan Hajah Nurlina Binti Edi Rasnadi

STRUKTUR ORGANISASI TADBIR & PENGURUSAN
Penasihat
Dato' Haji Noh Bin Haji Gadot
Pengerusi
Tuan Haji Ayob Bin Jantan
Timbalan Pengerusi/Mudir
Ustaz Haji Syed Hashim Bin Mohamad Al - Khred
Setiausaha
Ustaz Haji Mohd Bin Haji Hasan
Pen. Setiausaha
Ustaz Khairul Anaz Bin Zulkifli Al - Hafiz
Bendahari
**Dikosongkan**
Pen. Bendahari
Puan Hajah Nurlina Binti Edi Rasnadi
Pengurus Projek
AJK (Pembangunan Fizikal & Infrastruktur)
Tuan Haji Hassan Bin Haji Mohd Jadi
Tuan Haji Mohamad Bin Ab Rahman

AJK (Kurikulum, Pengajaran & Pembelajaran)
Ustaz Haji Ismail Bin Rosli Al - Hafiz
Ustaz Haji Syed Hashim Bin Mohamad Al - Khred
Ustaz Haji Mohd Bin Haji Hasan
AJK (Pengambilan & Pendaftaran Pelajar)
Puan Hajah Nurlina Binti Edi Rasnadi
Ustaz Haji Ayob Bin Zainal Abidin
Ustaz Khairul Anaz Bin Zulkifli Al - Hafiz
AJK (Keselamatan, Kebajikan & Perayaan)
Tok Salleh Bin Mohamad
Tok Minhat Bin Haji Ibrahim
AJK (Dana & Kewangan)
Tuan Haji Yassin Bin Haji Ismail
AJK (Penerbitan & Dokumentasi)
Tuan Haji Ayob Bin Jantan


INFO PROGRAM - PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN
*Program Tafaqquh Fid - Din Siri 1 (2 Minggu)
Tarikh : 24/11/2010 Hingga 10/12/2010
*Program Tafaqquh Fid - Din Siri 1 (Sebulan)  
Tarikh : 24/11/2010 Hingga 31/12/2010
*Program Tafaqquh Fid - Din Siri 2 (Seminggu)
Tarikh : 12/03/2011 Hingga 18/03/2011

KUNJUNGAN GURU - GURU & PARA PELAJAR SK SEPINANG BERBASIKAL KE DARUL FAQEH
Pada Disember 2010 satu kunjungan guru - guru dan para pelajar sekolah kebangsaan sepinang dengan konvoi berbasikal ke Darul Faqeh bagi melihat sendiri suasana dan ruang sekeliling pusat pengajian ini.

LAWATAN JALINAN SILATURRAHIM AHLI JAWATANKUASA DARUL FAQEH KE MAAHAD TAHFIZ AS - SA'IDIYYAH
Pada 25hb Januari 2011 Bersamaan 20 Safar 1432H (Selasa) ahli jawatankuasa pentadbiran dan pengurusan PPGAIDF dianggotai Mudir (Ustaz Haji Syed Hashim Bin Mohamad Al - Khred) , Setiausaha (Ustaz Haji Mohd Bin Haji Hasan) dan Pengasas (Tuan Haji Hassan Bin Haji Mohd Jadi) telah mengadakan satu lawatan Jalinan Silaturrahim Ahli Jawatankuasa Darul Faqeh ke Maahad Tahfiz As - Sa'idiyyah beralamat Jalan Senawang - Paroi Taman Rashidah Utama 70450 Seremban , Negeri Sembilan.

USTAZ KHAIRUL MEMPERKASA TA'ARUF DARUL FAQEH KE PINTU SUARA MASYARAKAT
SEMPENA "MAULIDUR RASUL 1432H"
Pusat Pengajian Agama Islam Darul Faqeh ini adalah tanggungjawab bersama ; kesungguhan dan kerjasama yang menyeluruh kepada pembangunan modul dan pemikiran bekerja dalam organisasi belum tampak dimana keberkesanannya ; kata orang "tanggungjawab tetap tanggungjawab , setiap makhluk yang diciptakan bernama manusia tidak terlepas daripada masalah, cabaran dan ujian tetapi manusia itu sewajarnya pandai menyelesaikan masalah, mengharungi apa jua bentuk cabaran dan memahami apa sebenarnya pencapaian yang diingini agar ujian itu berlalu seperti angin yang tidak tahu bersuara" kata orang "janganlah pandai bertutur dan berkomunikasi sejalur ombak tetapi takut mengharungi air"

Kerana tanggungjawab dan keprihatinannya kepada beberapa pandangan masyarakat dengan kewujudan Darul Faqeh Ustaz Khairul mengarus setapak perjalanannya secara berseorangan bagi meletakkan pandangan dan perspektif tersebut sebagai pembakar semangat bersempena sambutan Maulidur Rasul 1432H dengan memperkasakan pengenalan (ta'aruf) Darul Faqeh ke pintu suara masyarakat dengan memberi satu kefahaman dan peranan organisasi ini akan terus melangkah dengan mengadakan pelbagai pengisian atau aperantis yang berguna diaplikasikan dalam kehidupan pada masa akan datang.Pengenalan Darul Faqeh bermula dengan memperkenalkan kursus pendek "Program Tafaqquh Fid - Din" sepanjang cuti persekolahan pada bulan Mac , Jun dan Disember setiap tahun , dengan mengadakan program seperti ini ianya memberi ruang dan peluang kepada pelajar mendalami ilmu agama yang memboleh dan melahirkan generasi Al - Quran. Baru - baru ini bersempena sambutan Maulidur Rasul 1432H Ustaz Khairul diberi ruang dan peluang melalui satu slot penyampaian "Mencari Kecintaan Rasulullah SAW" kepada barisan pendidik dan pelajar di sekolah, barisan belia/beliawanis di felda, majikan dan tenaga kerja berorganisasi dan ke pendengar penyiaran. Sedikit sebanyak usaha ini memberikan pandangan yang positif kepada pemgembangan Darul Faqeh.

Untuk makluman, kelancaran perjalanan Ustaz Khairul ke "Program Memperkasakan Ta'aruf Darul Faqeh" ini disaran dan disokong penajaannya oleh Yayasan Anggerik Budi dan Maxis.Berikut adalah 8 kunjungan sepanjang program ini diadakan.

1) Perkhemahan Bahasa Arab Bersama Ustaz Khairul مخيم اللغةالعربية
     u.p.Hajah Siti Esah Binti Abd Latif (Pengetua SMKA, Segamat)
     Penyertaan 80 peserta pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat
     Kerjasama Guru - Guru Panitia Bahasa Arab Tingkatan 1,2 dan 3
     Tempat : Dewan Pembangunan Modal Insan, Segamat

2) Kursus Pengukuhan dan Pengupayaan Ibadah Fardhu
     "Jom Solat , Adik - Adikku"
     u.p.Hajah Puspa Hairani Binti Haji Hassan (Penyelia Kanan)
     Penyertaan 98 peserta pelajar dari Unit Pra-Sekolah Kemas Parlimen Segamat
     Kerjasama Pusat Kegiatan Masyarakat Segamat
     Tempat : Dewan Pembangunan Modal Insan, Segamat

3) Motivasi Pagi Bersama Ustaz Khairul
     "Mencari Cinta"
     u.p.Encik Md Khider Bin Ab Rahman (Pemangku Pengetua SMK Buloh Kasap)
     Penyertaan peserta pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap
     Kerjasama Guru - Guru SMK Buloh Kasap, Segamat
     Tempat : Dewan Blok C , SMK Buloh Kasap

4) Ceramah Maulidur Rasul 1432H Di Felda Medoi
     "Akhlak Rasulullah SAW Pemangkin Keperibadian Muslim Sejagat"
     u.p.Haji Sulaiman Bin Haji Mod Kasmir (GPK 1 SMK Buloh Kasap)
     Penyertaan peserta pelajar dari Sekolah Kebangsaan LKTP Medoi
     Kerjasama Guru - Guru Sekolah Kebangsaan LKTP Medoi
     Tempat : Surau An - Nur , Sekolah Kebangsaan LKTP Medoi

5) Ceramah Maulidur Rasul 1432H Di MPOB , Keratong
     "Ciri - Ciri Unggul Rasulullah SAW Dalam Kehidupan" - Slot 1
     u.p.Puan Salina Binti Saad (Ketua Biro HELWA)
     Penyertaan semua kakitangan dari Ladang Stesen MPOB Keratong
     Kerjasama Kelab Sukan dan Sosial Kakitangan MPOB Keratong
     Tempat : Bilik Mesyuarat , Ladang Stesen MPOB Keratong

6) Ceramah Maulidur Rasul 1432H Di MPOB , Keratong
     "Hebahan Hari Kiamat 2012 dan Kesannya Ke Atas Umat Islam" Slot 2
     u.p.Puan Salina Binti Saad (Ketua Biro HELWA)     Penyertaan semua kakitangan dari Ladang Stesen MPOB Keratong
     Kerjasama Kelab Sukan dan Sosial Kakitangan MPOB Keratong
     Tempat : Bilik Mesyuarat , Ladang Stesen MPOB Keratong

7) Ceramah Maulidur Rasul 1432H Di SMK Gemereh, Segamat
     "Program Fikrah Ilmu"
     u.p.Encik Jais Bin Saadon (Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah)
     Penyertaan semua ustaz/ustazah Unit Pendidikan Islam PPD , Segamat
     Kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Pengerak Dakwah Sekolah - Sekolah
     Tempat : Dewan SMK Gemereh , Segamat

8) Ceramah Maulidur Rasul 1432H Di SMK LKTP Pemanis, Segamat
     "Akhlak Rasulullah SAW Contoh Teladan Terbaik Untuk
     Mencapai Kebahagian Hidup Di Dunia dan Di Akhirat"
     u.p.Puan Kamsiah Binti Abd Wahab (Pengetua SMK LKTP Pemanis)
     Penyertaan peserta pelajar dari SMK LKTP Pemanis
     Kerjasama SMK LKTP Pemanis dan Pengurus & Kakitangan Felda Pemanis
     Tempat : Dewan SMK LKTP Pemanis , Segamat


MENGADAKAN PROGRAM "TAFAQQUH FID - DIN SIRI 2"
Ahli Jawatankuasa PPGAIDF telah menganjurkan satu kesinambungan program dari siri 1 kepada Program Tafaqquh Fid Din Siri 2 bersempena cuti persekolahan yang lalu bertarikh 12/03/2011 Hingga 18/03/2011, sepanjang program tersebut diadakan pelbagai aturcara dan aktiviti program telah dirangka dan disusun termasuk mengadakan Kelas Pengajian Al – Quran, Kelas Pengajian Tahfiz Al – Quran, Kelas Pengajian Bahasa Arab Komunikasi, Penyampaian tazkirah subuh, Qiamulail, Kelas Pemantapan Praktikal dalam solat (Smart Solat), Motivasi Pembangunan rohani, Riadah, Kelas Pengajian Tajwid Al – Quran dan pelbagai pengisian lain.

UCAPAN SETINGGI - TINGGI PENGHARGAAN
TERIMA KASIH DI ATAS SOKONGAN BERTERUSAN
kepada barisan mursyid (pembimbing) sepanjang ianya diadakan

HAL EHWAL PENGURUSAN PELAJAR
Mudir/Pemantauan Program            
Tuan Haji Syed Hashim Mohamed Al - Khred
B.A (Hons) Syariah - Undang - Undang
Al - Azhar University , Cairo Mesir

Koordinator Penyelaras program (Penyusunan Tentatif)                     
Ustaz Md Fadhil Jalal   
Diploma Tahfiz Wal Dakwah                                                  
Kolej Universiti Darul Quran JAKIM

Mursyid / Pembimbing 1 (Hal Ehwal Pelajar)                          
Ustaz Mohamad Mujib Ayob 
Diploma Tahfiz Wal Qiraat                                                    
Kolej Universiti Darul Quran JAKIM
Diploma Bahasa Arab
Universiti Damsyik , Syria

Mursyid / Pembimbing 2 (Pengajaran & Pembelajaran)       
Ustaz Mohamad Asyraf Samsudin    
Diploma Tahfiz Wal Qiraat                                                
Institut Al - Quran Negeri Sembilan

Mursyid / Pembimbing 3  (Modul & Disiplin)                            
Ustaz Khairul Anaz Zulkifli Al - Hafiz        
Diploma Tahfiz Wal Qiraat 
Maahad Tahfiz Bunut Payong Kota Bahru
Diploma Bahasa Arab & Tamadun Islam
Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah
Ijazah (Kepujian) Pengajian Hadith & Bahasa
JamiaMarkazu Ad-Dar Ulum University India 
Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia


MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN TAFAQQUH FID-DIN SIRI 2

9.00 PG                        : Ketibaan Ahli Jawatankuasa Darul Faqeh
9.30 PG                        : Ketibaan Ibubapa/Penjaga Peserta
9.45 PG                        : AJK/ Ibubapa & Murid berkumpul di Musolla Darul Faqeh
                                   : Berselawat , Bertakbir dan Bertahmid
10.00 PG                      : Majlis Dimulakan
                                   : Bacaan Al - Quran
                                   : Ucapan Mudir PPGAIDF
                                     Tuan Haji Syed Hashim Bin Mohamed Al - Khred
                                   : Ucapan Tuan Pengasas PPGAIDF
                                     Tuan Haji Hassan@Harris Bin Haji Mohd Jadi
                                   : Ucapan Tuan Pengerusi PPGAIDF
                                     Tuan Haji Ayob Bin Jantan
                                   : Ucapan Wakil Ibubapa Peserta
                                   : Santapan Rohani Maulidur Rasul 1432H
                                     Tajuk :
                                     “Rasulullah SAW Pergi , Hati Ummah Mati”
                                     Disampaikan Oleh :
                                     Ustaz Khairul Anaz Zulkifli Al - Hafiz
                                   : Penyampaian Sijil Penyertaan /
                                     Penghargaan & Saguhati
                                   : Bacaan Doa
11.30 PG                      : Jamuan dan Bersurai

MEMOHON SUMBANGAN DERMA IKHLAS TABUNGAN DARUL FAQEH
Sempena Bulan Memperingati Hari Bumi Dunia ,
Pihak Tadbir - Pengurusan Darul Faqeh Mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1432H

Kami mengalu – alukan sebarang sumbangan derma ikhlas dari Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk mengumpul satu dana/tabungan bagi mengadakan pelbagai pengisian program pada masa mendatang bagi membudayakan Al – Quran dan melahirkan generasi berpengetahuan agama.

Semoga sumbangan yang dihulurkan Dato'/DatinTuan/Puan akan mendapat balas yang berlipat kali ganda dan menjadi amal jariah yang berkekalan ganjarannya walaupun setelah kita kembali ke Rahmatullah.

Sumbangan Dato'/Datin/Tuan/Puan bolehlah disalurkan melalui penama berikut:

Tuan Haji Ayob Bin Jantan
012-7162990
Tuan Haji Hasan Bin Haji Mohd Jadi 
 019-7646444
Tuan Haji Mohd Bin Haji Hasan
 013-7355316

Jazakumullahu Khairan Khatiran